Tuesday, 4 December 2012

Huraian Sukatan Pecahan

HURAIAN SUKATAN PECAHAN


Tahun 3 & Tahun 4

TAHUN 3

PENGENALAN KEPADA PECAHAN

* Memahami konsep pecahan

TAHUN 4

PECAHAN SETARA

Aras 1 
* Menentukan sama ada dua pecahan yang diberi adalah setara
Mencari pecahan setara bagi suatu pecahan wajar yang diberi, penyebutnya hingga 100

Aras 2
* Menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 100 dalam sebutan terendah.

Aras 3

 *Membandingkan dua pecahan wajar yang penyebutnya hingga 100, dengan mencari pecahan setara.

PENAMBAHAN PECAHAN

Aras 1
* Menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
* Menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya tidak sama, hingga 10.

Aras 2


* Menambah nombor bulat dan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.

Aras 3
 *Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan pecahan dalam situasi harian.

PENOLAKAN PECAHAN

Aras 1
* Menolak pecahan wajar daripada pecahan wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
* Menolak pecahan wajar daripada pecahan wajar yang penyebutnya tidak sama hingga 10.

Aras 2
*Menolak pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 daripada nombor bulat

Aras 3
* Menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan pecahan dalam situasi harian.





Pecahan Tahun 5

TAHUN 5

NOMBOR BERCAMPUR

Aras 1
* Mewakil suatu nombor bercampur dengan gambar rajah.
 * Menyatakan nombor bercampur berdasarkan gambar rajah yang diberi.
 * Menentukan kedudukan nombor bercampur pada garis nombor.

Aras 2
* Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Menukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.



PENAMBAHAN PECAHAN

Aras 1
*Menambah tiga pecahan wajar yang penyebut sama hingga 10.
 *Menambah tiga pecahan wajar yang penyebut tidak sama hingga 10.

Aras 2 
*Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bulat dan pecahan
 wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
*Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bulat dan pecahan wajar yang 
penyebutnya tidak sama hingga 10.

Aras 3
*Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan pecahan dalam situasi harian.



PENOLAKAN PECAHAN

Aras 1
* Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang 
pecahan wajar yang penyebut sama, hingga 10.
*Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang pecahan wajar 
yang melibatkan dua penyebut yang sama, hingga 10
*Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang pecahan wajar 
yang melibatkan semua penyebut tidak sama, hingga 10.


Aras 2
 * Menolak berturut-turut dua pecahan wajar yang penyebutnya sama, hingga 10, 
daripada nombor bulat satu digit. 
* Menolak berturut-turut dua pecahan wajar yang penyebutnya tidak sama,
 hingga 10, daripada nombor bulat satu digit.

Aras 3
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan pecahan dalam situasi harian.



PENDARABAN PECAHAN

Aras 1
* Menyatakan nilai suatu pecahan daripada satu kumpulan benda, penyebut pecahan sama dengan bilangan benda dalam kumpulan itu. 
* Menyatakan nilai suatu pecahan daripada satu kumpulan benda, penyebut pecahan kurang daripada bilangan benda dalam kumpulan itu.

Aras 2
* Mengira nilai pecahan daripada satu nombor bulat melalui pendaraban, penyebut pecahan hingga 10.

 Aras 3
* Menyelesaikan maslaah harian yang melibatkan pendaraban pecahan dengan nombor bulat.


OPERASI BERGABUNG TAMBAH DAN TOLAK MELIBATKAN PECAHAN

Aras 1
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan pecahan wajar, 
penyebut sama hingga 10.

Aras 2
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan pecahan wajar, 
penyebut tidak sama hingga 10.

Aras 3
*Menyelesaikan masalah pecahan yang melibatkan operasi bergabung 
 tambah dan tolak dalam situasi harian.


Pecahan Tahun 6


TAHUN 6

PENAMBAHAN PECAHAN

Aras1
* Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
* Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahannya sama.
* Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama. 

Aras 2
* Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.
* Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Aras 3
* Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat dan pecahan wajar
* Menambah tiga nombor bercampur.
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor bercampur dalam situasi harian.

PENOLAKAN PECAHAN

Aras 1
Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.
* Menolak nombor bulat daripada nombor bercampur yang penyebut
 pecahannya hingga 10 dan sebaliknya.
* Menolak nombor bercampur daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

Aras 2
* Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama. 
* Menolak dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Aras 3
 * Menolak berturut-turut yang melibatkan nombor bulat dan nombor bercampur.
* Menolak berturut-turut yang melibatkan tiga nombor bercampur.
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan nombor bercampur dalam situasi harian.

OPERASI BERGABUNG TAMBAH DAN TOLAK MELIBATKAN PECAHAN

Aras 1
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya sama hingga 10.
*Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya tidak sama hingga 10.

Aras 2
* Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor 
bercampur dalam situasi harian.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment