Friday 9 November 2012

Contoh Aktiviti Pengajaran 1 - Pecahan


AKTIVITI PENGAJARAN 1

1.0 Aktiviti Pengajaran 1 ( Tajuk : Pecahan )

Matapelajaran         
Matematik


Kelas
4 Zamrud

Tarikh

5 April 2011

Bilangan murid  
30 orang

Masa
8.30 pagi hingga 9.10 pagi

Tema
Pecahan ( Penambahan pecahan )


Tajuk        
Pecahan yang penyebutnya sama
a) Menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya sama

Hasil pembelajaran

Diakhir P & P murid-murid dapat :
a) penambahan nombor pecahan yang penyebutnya sama.

Alat Bantu Mengajar
Kertas bentuk geometri, kit pecahan, kertas jalur, lembaran kerja.

Nilai
Bekerjasama, mematuhi arahan, memberi perhatian, bertanggungjawab yakin dan berani


KBKK
Manjana idea, mengingat, memahami,

Pengetahuan sedia ada
Murid-murid telah mengetahui atau mempelajari konsep asas pecahan.




Langkah 1 - Set Induksi ( 5 minit ) :  
1. Guru membuat pengulangan semula konsep bahagian yang sama dan tidak sama dalam satu keseluruhan pecahan agar murid dapat menguasai kemahiran bagi tajuk yang bakal di ajar.

2. Murid diminta melipat kertas bentuk geometri yang berbagai-bagai jenis kepada dua bahagian yang sama.

3. Guru menyoal murid-murid :

a) Adakah lipatan kamu sama?


b) Ada berapa cara lipatan untuk setiap bentuk?

4. Murid diminta melukis garis pembahagian dan membandingkan kedua-dua bahagian itu sambil menyoal murid-murid adakah kedua-dua bahagian lipatan tersebut sama saiz

Langkah 2 ( 10 minit ) Penerangan guru
1. Guru menggunakan sekeping kad berbentuk segiempat daripada kit pecahan sebagai acuan, murid diminta menyusun dua keping cip pecahan ¼ berwarna merah dan satu keping cip pecahan ¼ berwarna biru pada kad berbentuk bulatan itu seperti di bawah.

 

2. Guru menyoal murid-murid :

Apakah pecahan bagi yang bewarna ?

3. Guru membimbing murid menyatakan pacahan bahagian yang bewarna.

 
  
Pecahan bagi bahagian yang berwarna ialah ¾ .


4. Guru menyoal murid – murid :

Di dalam penambahan dua pecahan yang penyebutnya sama, apakah yang ditambah ?

Jawapan murid: Pengangka sahaja.


5. Guru mengulang soalan yang sama bagi pecahan-pecahan lain seperti pertiga, perlima dan seterusnya.


Langkah 3 ( 10 minit ) Aktiviti murid
1. Guru mengedarkan kertas jalur kepada murid-murid dan meminta murid-murid melipat jalur kertas kepada lapan bahagian yang sama dan menandakan bahagian-bahagian itu dengan pensel. Murid-murid diminta mewarnakan tiga bahagian merah dan dua bahagian biru seperti gambarajah di bawah.


 
 
2. Guru meminta beberapa orang murid kehadapan kelas dan menyoal

- Berapakah pecahan bagi bahagian merah ? murid pertama
- Berapakah pecahan bagi bahagian biru ? murid kedua
- Berapakah pecahan bagi bahagian bewarna ? murid ketiga

3. Guru dan murid membuat semakan bersama sambil membimbing murid-murid menyatakan pecahan bagi bahagian merah, biru dan bahagian berwarna.

 


Langkah 4 ( 10 minit ) - Aktiviti berkumpulan
1. Murid – murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana aktiviti yang mereka akan lakukan adalah sama bagi setiap kumpulan.
2. Guru menyediakan gambarajah pada kad manila seperti berikut :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3. Murid- murid diminta menyelesaikan soalan berikut dengan cara melorek gambarajah.





3/10 + 4/10 = ?
 
4. Murid diminta melorek gambar rajah seperti berikut dan menulis hasil penambahan pecahan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
3/10    +          4/10    =          7/10


Langkah 5 ( 5 minit ) – Penutup
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid-murid cuba menjawab dalam kelas, sambil dibimbing oleh guru.


2. Membuat semakan bersama dan muird membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.

No comments:

Post a Comment