Friday 9 November 2012

Contoh Aktiviti Pengajaran 2 - Perpuluhan


AKTIVITI PENGAJARAN 2

1.0       Aktiviti Pengajaran 2 ( Tajuk : Nombor Perpuluhan )

Matapelajaran
Matematik

Kelas
4 Berlian

Tarikh
23 Mac 2011

Bilangan murid
30 orang

Masa
10.05 pagi hingga 10. 45 pagi

Tema
Nombor perpuluhan

Tajuk
Operasi bahagi nombor perpuluhan

Hasil pembelajaran
Diakhir  P & P murid-murid dapat :
a)    Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat hingga 10
b)    Meningkatkan kebolehan menjanakan kemungkinan

Bahan Bantu Mengajar
Model kertas, garis nombor, blok Dienes

Nilai
Bekerjasama, mematuhi arahan, memberi perhatian, bertanggungjawab, yakin dan berani.

KBKK
Menjana idea, mengingat, memahami

Pengetahuan sedia ada
Murid-murid mempunyai pengetahuan konsep asas nombor perpuluhan

Langkah 1 Set Induksi  ( 5 minit ) :
1.          Guru menunjukkan carta nilai tempat untuk nombor perpuluhan.
2.          Murid diminta menghuraikan setiap nilai tempat serta menghayati makna
        nombor  perpuluhan berpandukan carta nilai tempat seperti di bawah:
3.        Guru   menerangkan kepada murid, selain pembacaan nama nombor perpuluhan mengikut  nama pecahan perpuluhannya dipermudahkan jika ditulis dalam carta nilai tempat.
Langkah 2 ( 10 minit ) Penerangan guru
1.            Guru memberi murid kepingan kertas  segi empat tepat atau segi empat sama yang
         mewakili satu unit ( 1.0 ).
2.            Guru menyediakan 10 jalur kertas yang jumlah luasnya sama dengan kepingan
          kertas.
3.            Guru meminta murid menyusun jalur kertas di atas kertas itu dan mengesahkan
         sama ada 10 jalur kertas itu sepadan dengan luas kepingan kertas seperti contoh di
         bawah.


4.         Guru menyoal murid-murid
a) Apakah nilai yang diwakili oleh setiap jalur kertas itu ?
Jawapan murid : 0.1 atau 1/10
5.         Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan bahawa setiap jalur adalah 1/10
          daripada kepingan kertas.
6.          Guru menyoal murid :
a)          Apakah nilai 2 jalur kertas itu ?
Jawapan : 2/10
7.          Guru meneruskan soalan hingga untuk 9 jalur kertas.
8.          Guru menerangkan bahawa cara lain untuk menulis 1/10 ialah 0.1, untuk menulis
            2/10  ialah 0.2 dan seterusnya hingga 9/10 yang ditulis sebagai 0.9
9.            Guru membimbing murid-murid membuat kesimpulan bahawa
            0.1  ialah bentuk lain bagi 1/10
0.2  ialah bentuk lain bagi 2/10
sehinggalah 0.9 ialah bentuk lain bagi 9/10
Langkah 3 ( 10 minit  )- Aktiviti muri
1.            Guru menyediakan gambarajah yang dilukis di atas kad manila dan ditampal di
          papan putih dan memanggil murid secara rawak tampil kehadapan kelas dan cuba 
          menjawab soalan, sementara murid lain cuba membuat latihan tersebut di dalam
          kertas masing-masing.
2.            Murid diminta melorek atau mewarnakan bahagian pada setiap gambar rajah  
         berpandukan nombor perpuluhan yang diberikan oleh guru.
         Contoh :   0.2
 
3.            Guru dan murid membuat semakan bersama sambil guru memberi penerangan
           kepada murid.
Langkah 4 ( 10 minit  )- Aktiviti berkumpulan
1.            Murid diagihkan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan akan diberikan jalur  pecahan- 
         perpuluhan yang ditandakan dengan unit, pecahan persepuluh dan perpuluhan seperti
         contoh di bawah.
 
2.            Murid dikehendaki meneliti jalur pecahan-perpuluhan yang diberikan pada setiap  
         kumpulan dan melihat bahawa satu unit telah dibahagikan kepada 10 bahagian yang
         sama saiz.
2.            Berdasarkan pengetahuan tentang pecahan yang telah dipelajari, murid diminta 
         menulis angka perpuluhan bagi pecahan persepuluh yang diberikan. Contohnya :
         Bentuk lain bagi 6/10 ialah ____________
3.            Guru meminta salah seorang ahli kumpulan tampil dan mempamerkan jawapan  
         masing-masing dan membandingkan dengan jawapan dari kumpulan yang lain.
 
Langkah 4 ( 5 minit ) – Penutup
1.            Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai latihan pengukuhan 
         dan meminta murid cuba menjawab di dalam kelas sambil dibimbing oleh guru.


No comments:

Post a Comment